}

Monday, 10 September 2012

Bukan umpatan,sekadar luahan..

Situasi: Pagi Isnin yang malas-malas bak hangat-hangat tahi ayam. 

Lepas mandi, aku tempek Krim Kecantikan Safi Balqis Perfect 10 kat mula. Oles ke kiri, oles ke kanan, oles ke atas, oles ke bawah tanpa tengok cermin. Rasa-rasa yakin dah rata satu muka, aku tampuk bedak Johnson's Baby Powder pulak. Gaul-gaul ke serata kulit muka, sampai yakin rata! Kemudian aku ambil Lip Ice Sheer Color, aku oles-oles dekat bibir seksi ku..ahha..menarik kan?haha. Okay cukup tak perlu oles banyak-banyak, kang termakan pulak, aku puasa hari ni.

Lepas siap part muka, cepat-cepat sarung baju kurung, entah kenapa dah rase tak selesa pakai jeans ke kelas. Mungkin sedar diri body tak cantik, lebihan lemak sana sini, terus tercetus kekurangan konfiden, tapi saya konfiden memakai skirt labuh dan maxi dress labuh. Sangat sopan kan saya??hihi..

Okay berbalik cerita pagi tadi, lepas pakai anak tudung, ambil tudung, pakai, 'fuhh!fuhh!' tiup tudung depan cermin, rosak..dah lembik, kena iron lagi sekali.
Lepas siap iron try balik, okay dah cun dah..haha.. Tapi kan, tiba-tiba dengar dialog perbualan kawan serumah, yang sudah terlebih dahulu bersiap.

T: F, kau ada kawan-kawan yang jadi nurse tak?
F: Ada, kot.. kenapa tiba-tiba tanya?
T: Tak adalah, aku tengok mostly nurse muka diorang putih gila(make up bersolek) sampai dah tak nampak natural beauty.
  
Okay, sebenarnya ada lagi dialog tu, tapi aku dah lupa, sebab aku sentap!! haha..kalau nak perli aku pon direct je lah kan. Sebab aku memang dah ada kat depan dia. Tak perlu jadikan 'nurse' sebagai mangsa. Aku memang dah perasan dia memang aim aku, sebab bila aku tengah iron, dia duk depan aku, maybe menilik muke aku yang terlebih putih dari tangan dan leher kot.kotlah kan.haha. Dan-dan aku siap iron dia terus cakap macam tu.. Nampak tak permainan dia?? Dasar SWEET TALKER!!

Lepas tu aku diam je lah. Sempat lagi belek-belek muka kat cermin, tapi aku tengok muke aku biasa je, tak putih mane pon, dekat-dekat sama dengan warna tangan, huhu..aku cuba nak bersangka baik. Tapi aku dah duk dengan minah ni dah lama dah..dah tau true color dia. Kalau boleh memang dia yang nak betul semuanya, dia lah yang nak paling up to date, konon nya dia lah yang paling cantik, paling kaya..

Ahh..aku jelek lah dengan kau, tunggu masa je ni nak blah dari umah ni.. time susah boleh lah nak berbaik-baik dengan aku dan insan lain yang kau tak suka, time ko senang, memang pergi jahanam lah kau.. selfish! lupa daratan! 

Kalau nak compare kan jenama yang kau pakai dengan yang aku pakai memang lah jauh gila beza, apa tak nya, kau pakai Clinique yang satu set cecah ratus-ratus ringgit. Aku pulak pakai Safi Balqis je, yang aku gunakan tanpa was-was dan tak sampai berpuluh ringgit pon harganya. Tapi Alhamdulillah semurah-murah produk yang aku guna, Allah kurniakan aku kulit muka yang cantik dan sempurna. Ini bukan kes masuk lift tekan sendiri, haha, tapi ini kebenaran, ramai yang memuji,sehingga kemalu-maluan aku..haha.. Mungkin kau jeles kot.. sebab kau pakai produk mahal-mahal, tapi tak ada sapa nak puji kan?tak ada sapa nak perasan kan?kan?

Hahaha, aku pon sedar diri, aku cuba untuk tak riak, orang puji cakap alhamdulillah, lagipon dunia je semua ni. Yang kau pun, lantak orang lah nak pakai krim tebal ke, sikit-sikit ke, nak tunjuk natural beauty ke, tak nak tunjuk natural beauty ke, (aku tau kau bajet muka kau natural beauty) padahal kau pon dulu pakai jugak krim safi tebal-tebal dan tak kesah lah kau tujukan kat aku ke, kat nurse ke aku tetap nak cakap jugak..haha.. Sebab selama kau pakai agak seksi, contoh macam kau pergi kelas pakai t-shirt lengan pendek, pakai tudung tapi dedah buah dada, jalan hentak kaki sampai gegar-gegar isi, yang semua tu kau tak sedar pulak kan?kan? Mesti lah kau tak sedar, sebab kau perasan cantik!

Muka aku memang natural beauty, sebab lepas cuci muke pon memang dah cun, tak perlu tempek apa-apa. Pakai krim pon kalau nak keluar rumah sahaje, untuk prevent sunburn je pon. Okay, maafkan aku sebab ter'over' pulak, kang tak pasal-pasal orang mengata aku pulak kan..

Konklusi nya kan, jangan lah kau kondem orang yang lebih cantik dari kau, terima lah hakikat hidup ini. Macam kau cakap nurse pkai make up sampai tak nampak natural beauty tu mungkin dah tersurat dalam tatatertib kerja diorang, sebab nak layan patient ke ape ke kan..jangan lah kutuk orang, better kau kutuk diri sendiri dulu. Agak-agak mampu tak? haha..macam aku dah biasa kutuk diri sendiri..

Okay, aku dah puas hati rasa nya meluahkan rasa tak puas hati kat kau.. Selama ni pon aku je yang puji kau, sebab kesian, tak ada orang puji,tak ada orang perasan..dah kau pon bukan nak berkawan dengan orang miskin macam aku, apa barang kan?kn? kawan-kawan kau semua anak orang kaya, macam kau jugak lah kan?kan?

Ain, sudah-sudahlah tu..cukuplah cakap pasal orang tu, kalau nak cerita sejarah dengan dia memang banyak.. kena buat part by part, mau ada 10 episode agaknya..
haha..wokeylah, sekian sahaja omelan aku pada hari ini, nak masak untuk makan petang ni..
Tapikan ini bukan mengumpat kan?kan? kan kawan-kawan?






Thanks For Reading

No comments:

Post a Comment