Aku nampak kau dipayung, diapit, dan dikipas,
Aku nampak juga si janda cantik,
Aku nampak mereka diarak tersengih-sengih..
Di atas pelamin berona ungu dan krim,
Sangat cantik pelamin itu dihiasi pasangan mempelai,
Sangat padan warna-warna padanan bebunga teluran,
Sangat tulus dan ikhlas pasangan mempelai duduk bersanding,
Sangat bahagia mereka ku lihat detik itu..
Di saat lensa kamera mengkapcet,
Kau senyum bahagia,
Kau senyum kambing sambil pandang jeling juling orang sebelah,
Kau senyum nampak gigi kuning, tanda kau suka bahagia,
Kau senyum kau berjaya jadi suami dia..
Di sewaktu 5 tahun keterbelakang,
Aku ini yang dulu pertama tawan kau,
Aku ini yang mendengar permasalahan, keluhan kau,
Aku ini yang setia, ikhlas sayangi cintai kau,
Aku ini yang sedia terima kau seadanya, baik buruk, walaupun kau si papa kedana..
Di kala setahun yang lalu,
Aku ini memang kau dah lupa,
Aku ini sedar diri sememang aku tak setanding si janda cantik,
Aku ini tanya sebab musabab? ringkas kau bilang, si janda cantik itu jodoh kau, kau yakin?
Aku ini rasa lega, walau hati sengsara, namun saat demi saat semakin sembuh, walau tak sesihat dulu..
Di saat tika ini,
Tapi tak apa, aku dah tak tagih janji-janji busuk kau, dah tak ambil pusing peduli,
Tapi tak apa, aku terima takdir, aku belajar reda, aku lalui pasrah,
Tapi tak apa, aku tak akan mendoakan kebahagiaan mahupun kehancuran hidup kau,
Tapi tak apa, aku tak juga memaafkan, belum sampai masa, belum tiba saatnya..
Di kala kau bersama janda cantik,
Biarlah Tuhan sahaja yang mengatur hidup kau,
Biarlah Tuhan sahaja yang memberkati hidup kau,
Biarlah Tuhan sahaja yang membalas segala perbuatan kau,
Biarlah, biarlah, biarlah.. Aku serahkan segala ketentuan kepada Tuhan..
Di masa akan datang, InsyaAllah..
Terima kasih Ya Allah, yang lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku,
Terima kasih Tuhan ku, yang melindungi aku daripada berterusan melakukan dosa-dosa, terimalah taubatku Ya Allah..
Dan untuk kau, Si Lelaki Suami Janda Cantek,
Terima kasih sahajalah, maaflah, dah tak laku kau di mata aku,
Pergilah bina keluarga bersama jodoh mu,
Pergilah, Hilanglah, Lesaplah, jangan cari aku lagi.
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan diriku kepadaMu. KeampunanMu ku pohon, andai ada selainMu yang lebih utama dalam hatiku.."
No comments:
Post a Comment