}

Saturday, 13 October 2012

Benci!!

Jangan ganggu aku lagi..
Kau sudah punyai keluarga..
kau sudah punyai anak dan isteri..
Ku berkira mungkin kau sedang bahagia..
Tapi mengapa masih mencari aku?
Adakah kau tak bahagia?

Jangan libatkan aku lagi..
Aku dah tak ada apa-apa kaitan dengan dirimu..
Sedari kau mula membina rumah tangga bersama si janda..
Sejak mula kau bergelar suami dan setelah kini kau bergelar ayah..

Jangan hubungi aku lagi..
Setelah kau buang aku dari hidupmu..
Campakkan aku jauh ke dalam belukar..
Setelah aku serahkan segala milikku..
Pengorbanan yang bodoh dan sia-sia..
Sejuta kali kekesalan terbit dari dalam diri ini..

Jangan kau panggil mamaku 'mama'!!
Dikala senang kau melupakan..
Mengapa susah duka kau mencari..
Cukuplah hati aku sahaja kau hancurkan..
Jangan sakiti hati mamaku..

'Jangan putuskan silaturrahim' pesan mama ku..
Tapi kau dengan tegar, membiarkan isteri/kakakmu, mengatur cara hidupmu..
Memutuskan segala ikatan yang terbina bertahun lama..
Membuat aku membina kubu pertahanan menahan gelojak rasa perasaan dan emosi benciku..

'Jangan sampai ketahuan!!' 
Kau pernah berpesan kepadaku..
Tapi mengapa kau yang melayarkan segala rahsia??
Selama bertahun lama terkubur, mengapa kini kau biarkan ia digali??
Lalu segala tohmahan kata cacian tertuju kepada ku..
Mengapa aku seorang yang menggalas semua dosa?
Mengapa kau hanya terdiam duduk disitu terpaku kelu bahasa?
Seolah-olah kau mengiakan semua..
Dayuskah kau? Pengecutkah?
Tak kasihankah kau kepadaku saat semua jari menuding ke arahku??

Tahukah kau..
Sesungguhnya satu perkara yang sangat amat terlalu aku kesali adalah berkenalan denganmu..
Kau menjadi titik yang paling hitam kelam dalam hidupku..
kau mencalitkan kekotoran dalam hidupku..
Sakit hati ini memang tak terkata..
Aku membencimu sepenuh hatiku..
Sungguh..AKU BENCI!!

Tapi..
Andai ini takdirnya..
Aku belajar terima reda..
Aku pasrahkan diri..
Aku dekatkan diri kepada Maha Pencipta..

Untuk kau..
Aku tak mendoakan kesejahteraan..
Mahupun kebahagiaanmu..
Jauh sekali kemusnahan hidupmu..
Cukup-cukuplah aku telah korban segala..
Biarlah Allah sahaja yang mengatur hidupmu..
Aku mahu bina hidup baru..
Jangan pernah kau hampiri aku..
Jangan lagi kau, mahupun kakak atau isterimu menganggu aku lagi..
Sungguh..Aku mahu lupuskan segala kenangan aku dan kau..
Aku bermohon Allah..beri aku ketabahan dan kekuatan seperti mama..
Amiin..Ya Rabbal'alamiin..





Thanks For Reading

1 comment: