}

Saturday 13 October 2012

Benci!!

Jangan ganggu aku lagi..
Kau sudah punyai keluarga..
kau sudah punyai anak dan isteri..
Ku berkira mungkin kau sedang bahagia..
Tapi mengapa masih mencari aku?
Adakah kau tak bahagia?

Jangan libatkan aku lagi..
Aku dah tak ada apa-apa kaitan dengan dirimu..
Sedari kau mula membina rumah tangga bersama si janda..
Sejak mula kau bergelar suami dan setelah kini kau bergelar ayah..

Jangan hubungi aku lagi..
Setelah kau buang aku dari hidupmu..
Campakkan aku jauh ke dalam belukar..
Setelah aku serahkan segala milikku..
Pengorbanan yang bodoh dan sia-sia..
Sejuta kali kekesalan terbit dari dalam diri ini..

Jangan kau panggil mamaku 'mama'!!
Dikala senang kau melupakan..
Mengapa susah duka kau mencari..
Cukuplah hati aku sahaja kau hancurkan..
Jangan sakiti hati mamaku..

'Jangan putuskan silaturrahim' pesan mama ku..
Tapi kau dengan tegar, membiarkan isteri/kakakmu, mengatur cara hidupmu..
Memutuskan segala ikatan yang terbina bertahun lama..
Membuat aku membina kubu pertahanan menahan gelojak rasa perasaan dan emosi benciku..

'Jangan sampai ketahuan!!' 
Kau pernah berpesan kepadaku..
Tapi mengapa kau yang melayarkan segala rahsia??
Selama bertahun lama terkubur, mengapa kini kau biarkan ia digali??
Lalu segala tohmahan kata cacian tertuju kepada ku..
Mengapa aku seorang yang menggalas semua dosa?
Mengapa kau hanya terdiam duduk disitu terpaku kelu bahasa?
Seolah-olah kau mengiakan semua..
Dayuskah kau? Pengecutkah?
Tak kasihankah kau kepadaku saat semua jari menuding ke arahku??

Tahukah kau..
Sesungguhnya satu perkara yang sangat amat terlalu aku kesali adalah berkenalan denganmu..
Kau menjadi titik yang paling hitam kelam dalam hidupku..
kau mencalitkan kekotoran dalam hidupku..
Sakit hati ini memang tak terkata..
Aku membencimu sepenuh hatiku..
Sungguh..AKU BENCI!!

Tapi..
Andai ini takdirnya..
Aku belajar terima reda..
Aku pasrahkan diri..
Aku dekatkan diri kepada Maha Pencipta..

Untuk kau..
Aku tak mendoakan kesejahteraan..
Mahupun kebahagiaanmu..
Jauh sekali kemusnahan hidupmu..
Cukup-cukuplah aku telah korban segala..
Biarlah Allah sahaja yang mengatur hidupmu..
Aku mahu bina hidup baru..
Jangan pernah kau hampiri aku..
Jangan lagi kau, mahupun kakak atau isterimu menganggu aku lagi..
Sungguh..Aku mahu lupuskan segala kenangan aku dan kau..
Aku bermohon Allah..beri aku ketabahan dan kekuatan seperti mama..
Amiin..Ya Rabbal'alamiin..





Thanks For Reading

Saturday 29 September 2012

Tak Paham Aku..sungguh..

Assalamualaikum..


Okay.. (tanpa berbicara panjang, aku terus terjah je ye..)
Aku memang tak paham dengan orang-orang yang tak reti bersyukur ni.
Bagi betis nak peha, bagi peha nak punggung, bagi punggung nak perot.
Aku bagi tapak kaki lembu kang!! Baru puas hati kau eh??
Belajar lah ucap syukur Alhamdulillah banyak-banyak.
Kau kira beruntung masih hidup, leh bernafas ikut dua lubang hidung kau tu.
Kira beruntung hari-hari dapat makan, siap boleh bazir-bazir lagi, nasi tak habis lah, tak reti makan ayam part ni lah..part tu lah..hamboi... Banyak songeh pulak ye kau.

Bersyukurlah Malaysia ni masih lagi aman makmur walaupun tak seberapa nak kaya raya.
Ini tak, kau sibuk membebel, pung-pang pung-pang, ada je yang kau tak puas hati.
Ada je yang tak kena kat mata kau, ada-ada je kau ni tau!! Naik menyampah pon ada.
Ini tak patot, itu tak patot, alih-alih nati kau jugak lah yang duk beriya nak dapatkan REBAT RM200 untuk beli smartphone tu. (kan dah tercakap..)
Konon cakap macam kau baik sangat, 'tak patot kerajaan buat macam tu, menggalakkan belia bla bla bla bla..kan elok kalau salurkan kat tempat lain, kan elok bagi tunai saje'
Hahaha..lawak aku dengar statement kau tu..lawak weyh..sebab aku rase nanti kau lah orang yang duk sebuk-sebuk nak dapat kan rebate tu.
Kau boleh lah cakap macam tu, orang banyak duit kan, nak dapat ape-ape senang je. 
Smartphone pon dah dua. huhu..
Tapi kalau bagi aku, syukur Alhamdulillah, untung-untung orang nak tolong. Bapak aku pon tak mampu nak bagi aku RM200 tu. 
Alhamdulillah..syukur..

Lagi 1 yang pasal BR1M 2.0 RM250 untuk individu bujang, haa..yang ni aku nak tengok, orang yang duk pung pang pung pang kata kerajaan rasuah lah, suap rakyat lah, dan lain-lain lagi, dia ikut mohon tak menda ni. 
Mana lah tau kan, terikut-ikut perjuangan politik dia tu, BERSIH sana sini pon dia pergi, duk ngikut orang kan.
Kalau betul hati dan pendirian dia teguh dengan parti yang dianutinya, mesti dia takkan mohon kan. kan. kan.
Boleh dikira khianat jugak wooo..BR1M tu kan rasuah untuk rakyat.kan?kan?(diaorang cakap,bukan aku)
Kau kan orang baik-baik, takkan nak terima jugak kot duit rasuah ni..tak takot ke?
haha.. Kau tu dah nama pon manusia, nampak duit mesti lebur jugak..

Adohai lawak kadang-kadang aku tengok dak-dak pesen cenggini, duk beriye-iye berpolitik, (padahal terikut-ikut dakyah mane ntah)
Kalau iye pon nak berpolitik, teguh lah sikit pendirian tu, mulut kemain kutuk-kutuk, korap sane, korap sini. Alih-alih bila orang hulur duit, laju jugak kau ambik kan?kn?
Macam aku, aku x minat berpolitik, mane parti yang aku rase banyak menyumbang kepada aku. Aku pangkah!! Haha..

K.lah weyh..aku pon tak sabar nak tunggu tahun depan, nak tengok ragam-ragam orang yang sibuk pung pang pung pang ini tak betol, itu tak betol. 
Nak tengok, Nak tengok.. Same-same kita nantikan okey..:) K..chauuu..

Bye..Wassalam..:)


Thanks For Reading